Sunday, December 19, 2010

RANCANGAN PEMBANGUNAN SEGAMAT PART 1







KEMANAKAH ARAH TUJU SEGAMAT 2020??????

Rancangan Tempatan Daerah Segamat 2020, dokumen yang
disediakan oleh Jabatan Perancang Bandar dan Desa
Semenanjung Malaysia dengan kerjasama Majlis Daerah
Segamat, Majlis Daerah Labis dan Kerajaan Negeri Johor
bermatlamat untuk menjadikan Daerah Segamat sebagai
Pusat bagi Wilayah Pertumbuhan Barat – Utara Johor
(WPBUJ) dengan pembangunan perbandaran dan ekonomi
yang progresif, berasaskan sumberjaya tempatan serta
persekitaran kualiti hidup yang berkualiti.
Meliputi kawasan seluas 285,136 hektar, dengan sebelas
(11) mukim yang terlibat iaitu Mukim Gemas, Sermin, Buloh
Kasap, Jabi, Sungai Segamat, Pogoh, Gemereh, Jementah,
Labis, Chaah dan Bekok, setiap lot tanah di Daerah Segamat
telah dirancang dengan teliti dan dirangkum dalam satu
bentuk pelan pembangunan atau peta cadangan guna tanah
yang menyeluruh..

POTENSI PEMBANGUNAN
Kajian Rancangan Tempatan ini juga melihat potensi
bandar Segamat Sebagai Bandar Transit dan persinggahan
pelancong bagi perjalanan antara Johor – Kelantan dan
Melaka- Pahang, berdasarkan kedudukannya di tengahtengah
semenanjung wilayah selatan serta capaian kepada
rangkaian-rangkaian jalan sediaada.. Selaras dengan ini
dilihat wajarnya usaha pengukuhan hubungan dan peranan
Segamat sebagai Hub Pengangkutan Wilayah melalui
peningkatan kualiti infrastruktur dilakukan dimana secara
tidak langsung akan meningkatkan kemudahsampaian ke
daerah-daerah dan pusat pertumbuhan desa. Peluangpeluang
ekonomi serta pengeluaran hasil desa juga dapat
di pertingkatkan
Dalam usaha mewujudkan pembangunan yang seimbang,
peningkatan kemudahan infrastuktur di desa selain
pengukuhan fungsi desa sebagai Pusat Petempatan Kecil
(PKK) turut diberi perhatian. Pembangunan modal insan,
pengeluaran sumberjaya dan produk ekonomi desa seperti
hasil pertanian dan perhutanan dirancang untuk
dipertingkat dari masa ke semasa.
Pembangunan ekonomi ditingkatkan dengan mewujudkan
‘niche’atau segmen ekonomi khusus dan memperkukuh zon
perniagaan sedia ada contohnya di Bandar Segamat dimana
aktiviti perniagaan berasaskan automatif di naik taraf
kepada Hub-Automobil Wilayah Barat Utara Johor yang
unggul.. Pembangunan ini bakal disokong dengan
infrastruktur khusus yang setaraf dengan piawaian
antarabangsa.

1 comment:

  1. bgus le gtw fazli...aq yg dh duk lme kt sgamat pon xbpe tw sgt...

    ReplyDelete